Monday, August 17, 2009

ikan patin masak tempoyak

masakan gulai tempoyak pahang
Bahan-Bahan:
Ikan Patin atau Baung (1 atau 2 ekor )
Tempoyak, dari durian baru (2 cawan)
Bunga Kantan 1 batang. Dihiris
Daun Kesom 5 tangkai
Kunyit hidup tumbuk atau serbok
daun kunyit di simpulkan
labu air/ timun taun 1 biji
Chili merah/ lada burung, 7 - 10 biji. ditumbuk
Garam
gula
Air 2 gelas besar.
Cara:
Satu masakan yang paling senang, tetapi tidak difahami sepenuhnya. Pah saya kata gulai tempoyak mesti dari tempoyak baru dan juga cara peram yang betul.

Mula mula bersih ikan dengan betul. Buang semua darah dan organ dalaman. kalau tidak kuah jadi hitam. Potong ikan ikut saiz yang dikehendaki rendam dengan air asam jawa 30 mnt . simpan dahulu. Masuk tempoyak 1 atau 2 cawan.Masukkan chili yang ditumbuk. Chili yang ditumbuk hancur dan kelihatan lebih baik. Gaul sekali lagi dengan tempoyak, Masukkan air 1 cawan setengah atau , sekurang kurangnya 2 gelas besar. Hidupkan api. Masukkan Bunga kantan, serai dan daun kesom. Apabila mendidih, masukkan kunyit hidup yang sudah ditumbuk atau serbuknya. kemudian masukkah ikan yang sudah direndam bersama sama labu air atau timun taun yang dipotong memanjang /dadu Selepas itu garam secukup rasa dan gula, sekurang kurangnya 3/4 sudu. Gulai mesti di gaul tetapi berhati hati kerana ikan ini ada lembut, senang pecah. Satu lagi, gulai akan masak lebih kurang 1/2 jam. Apabila sudah masak, biarkan 1/2 jam lagi bagi ikan dan kuah sebati sepenuhnya. Gulai tempoyak sedap apabila tidak terlampau panas.

No comments:

Post a Comment