Monday, February 21, 2011

kelebihan ASDI

Untuk semua dana ASBI,percuma Perlindungan takaful (Takaful Keluarga Berkelompok) akan diberikan kepada pemegang2 unit apabila berlakunya kematian.Khairat kematian & upah haji pula adalah keistimewaan tambahan kepada pelabur2 Dana BIMB i -Growth.Berikut ialah perlindungan takaful yang bakal anda perlolehi apabila melabur dalam Amanah Saham Bank Islam(ASBI)

BAGI DANA BIMB i-GROWTH
1) Minimum pegangan unit = 500 unit
2) Kelayakan umur = 18 tahun - 65 tahun,
    -Kelayakan umur pemegang akaun bersama(jika ada) = 30 hari - 65 tahun
3) Perlindungan Maksimum = RM250,000
4) Nilai perlindungan takaful = 50% daripada nilai pelaburan-NAV
   - 25% dari nilai pelaburan untuk pemegang akaun bersama(jika ada)

BAGI DANA AL-FALAH,AL-MUNSIF & AL-FAKHIM
1) Minimum pegangan unit = 500 unit
2) Kelayakan umur = 18 tahun - 65 tahun,
    -Kelayakan umur pemegang akaun bersama(jika ada) = 30 hari - 65 tahun
3) Perlindungan Maksimum = RM100,000
4) Nilai perlindungan takaful = 50% daripada nilai pelaburan-NAV
   - 25% dari nilai pelaburan untuk pemegang akaun bersama(jika ada)

KEISTIMEWAAN TAMBAHAN BAGI DANA BIMB i-Growth
1) Khairat kematian = RM1,000.
2) Upah Haji.
Contoh pengiraan nilai perlindungan takaful.
1) Pegangan unit yang ada = 200,000 unit
2) Nilai harga semasa per unit = RM0.50
3) Nilai Pelaburan (NAV) = 200,000 unit x RM0.50
                                         = RM100,000
4) Nilai perlindungan takaful (50% x NAV) = 50% x RM100,000
                                                                  = RM50,000
5) Jumlah yang dibayar = Nilai pelaburan semasa + Perlindungan Takaful
                                    = RM100,000 + RM50,000
                                    = RM150,000
Contoh pengiraan khairat kematian & upah haji (untuk pemegang unit Dana BIMB i-Growth)
1) Khairat kematian = RM1,000
2) Upah haji = akan ditoak dari nilai takaful sekiranya mencukupi.
Berdasarkan contoh di atas tadi.
a) Nilai perlidungan takaful = RM50,000
*Katakan upah haji RM2,500.
*syarikat takaful berkenaan akan memberikan cek kepada Tabung Haji selepas mendapat maklumat/arahan dari BIMB Invest,dimana nilai RM2,500 tadi ditolak dari nilai perindungan takaful yang asal. Oleh itu,jumlah yang dibayar = Nilai pelaburan semasa + Perlindungan takaful selepas ditolak upah haji + Khairat kematian.
= RM100,000 + RM47,500 + RM1000 
= RM148,500.
 2.                  Menerima Pelbagai anugerah asset dari The EDGE-LIPPER(badan pementau bagi pulangan keuntungan dan kawalan asset.

 Dana Al-Munsif pernah memenangi dana terbaik bagi kategori Mixed Asset Balanced Malaysian Ringgit Islamic Fund daripada The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards.
InsyaAllah dengan melabur ke dalam dana-dana Amanah Saham Bank Islam,anda akan senang hati dengan prestasi dana2 tersebut di samping tanpa sebarang keraguan yang timbul kerana ianya diuruskan oleh 100% institusi Islamik yang pastinya mengamalkan sistem kewangan berlandaskan prinsip Syariah
3.                  Dana yang digunakkan 100%  islamik.
Peluang membuat pelaburan ke dalam dana-dana yang menepati syariah. Pelaburan di dalam dana-dana amanah saham bank islam  dikawalselia oleh Panel Penasihat Syariah yang dilantik iaitu IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd).
4.                  Tidak perlu topup/tambah nilai mengikut tiap bulan
Para pelabur tidak perlu menambah pelaburan sekiranya menyertai kaedah perlaburan dalam bentuk lump sum
Namun pelabur boleh menambah bilangan pelaburan mengikut kehendak dan situasi ekonomi. Minima pelaburan RM 10Apabila anda hendak membuat pelaburan secara tunai ke mana-mana dana Amanah Saham Bank Islam, 2 pilihan yang anda ada ialah secara:
1) Lump Sump (tunai sekaligus)
2) Regular Saving (simpanan tetap bulanan).
Jika memilih untuk melabur secara lump sump terus untuk akaun pelaburan anda ialah dengan melaburkan satu amount saja,contohnya RM10,000. Biarkan saja amount berikut sehingga satu tempoh masa yang anda kehendaki.Katakan 5 tahun,10 tahun atau 20 tahun.(sederhana atau jangka panjang). Setiap tahun anda bakal memperolehi keuntungan hasil dari kenaikan modal seunit ataupun dividen berdasarkan amount pokok tadi.

Situasi kedua pula ialah,
selain daripada nilai awal pelaburan RM10,000 tadi,selepas itu anda membuat pelaburan tambahan tetap secara bulanan katakan sebagai contoh RM1,000.Dalam tempoh masa yang sama seperti situasi pertama tadi,nilai pokok pelaburan anda semakin bertambah dan keuntungan yang didapati juga jauh lebih besar.

Note: Minimum pelaburan tambahan setiap bulan dengan BIMB Investment serendah RM10.00 sahaja bagi Dana Al-Falah & Al-Munsif.

Saya bagi contoh mudah dalam jadual di bawah ini.(Klik pada gambar untuk besarkan imej)
Katakan secara purata keuntungan setiap tahun adalah 12%.

1) Pelabur A (kotak biru): melabur RM1,000 pada awal pelaburan sahaja.Tempoh wang yang dilaburkan 20 tahun.
2) Pelabur B (kotak kuning) melabur RM1,000 pada awal pelaburan dan membuat pelaburan tambahan(regular saving) setiap bulan sehingga 20 tahun.

Berapakah nilai pelaburan pelabur A & pelabur B pada tahun ke 20?
Kita lihat dulu perbezaan apabila Pelabur B membuat pelaburan tambahan minimum RM100.00 setiap bulan...

Jumlah nilai pelaburan Pelabur A pada tahun ke-20 = RM9646.29
Jumlah nilai pelaburan Pelabur A pada tahun ke-20 = RM106,484.78
PERBEZAAN YANG SANGAT KETARA!.

Cuba lihat bulatan merah di atas. 
Jumlah yang hampir sama boleh diperolehi Pelabur B dalam tahun ke-5 berbanding tahun ke-20 daripada pelabur A!

Itu jika nilai pelaburan tambahan RM100.00 setiap bulan,anda boleh lihat nilai yang lebih besar apabila nilai pelaburan tambahan RM200,RM300 dan seterusnya sebagaimana jadual di atas.

Saya mencadangkan anda membuat pelaburan tambahan setiap bulan dengan nilai yang konsisten/tetap.Anda akan tersenyum lebar melihat hasilnya nanti ;-).Buatlah pelaburan tambahan mengikut kemampuan anda.

Walaupun sedikit2..tetapi jika dilakukan secara tetap sepanjang tahun,MODAL PELABURAN SEMAKIN BESAR,KEUNTUNGAN SEMAKIN MENINGKAT & NILAI PEGANGAN UNIT PUN SEMAKIN BERTAMBAH

Mengunakkan sumber kewangan sediaada
Pelabur boleh mencairkan sumber keewangan KWSP dan digunakan sebagai sumber sedia ada . keuntungan kwsp yang purata 5-6% dapat diatasi dengan pulangan keewangan 12% melalui pelaburan  ASDI

Mengoptimumkan Simpanan KWSP anda dengan Amanah Saham Bank Islam

Apabila kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP untuk tujuan pelaburan,tidakkah anda berasa ianya satu peluang yang tidak harus disia-siakan?Melalui Skim Pelaburan KWSP ke dalam pelaburan unit amanah memberikan anda peluang menambahkan lagi jumlah wang persaraan anda kelak.Ini diperolehi daripada potensi pulangan yang lebih tinggi dalam dana unit amanah berbanding dividen KWSP dalam jangka masa yang panjang.Pada akhir umur persaraan anda nanti,dana yang terkumpul hasil pelaburan dalam unit saham amanah & dividen sedia ada dari KWSP menjadi berkali-kali ganda!
Melabur melalui Skim Pelaburan KWSP juga tidak memerlukan 'out of pocket money'. Pelaburan diurusniagakan terus daripada Akaun 1 anda. Sebarang penjualan unit,pengeluaran untung mahupun dividen juga tidak dapat terus ke tangan anda melainkan ia berpatah balik semula ke dalam Akaun 1 tadi.Ini mengelakkan risiko wang asal KWSP tadi 'cair di tangan kita sendiri' :-D. Anda hanya boleh mengeluarkan kesemua hasil pelaburan tersebut apabila berumur 55 tahun nanti.Bagus kan untuk tujuan persaraan nanti? :-)
Cuba lihat gambarajah di atas bagaimana wang dari Akaun 1 anda berjalan dan berkembang.
“72% daripada pesara KWSP yang mengeluarkan simpanan mereka pada ketika umur 55 tahun,
menghabiskan kesemua simpanan tersebut dalam masa 3 tahun sahaja….
~ Pengerusi Lembaga KWSP,Tan Sri Abdul Halim Ali
Syarat-syarat
1) Minimum setiap kali pengeluaran ialah RM1000.00
2) Jumlah yang boleh dilaburkan ialah 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1.
(Jumlah Akaun 1 -  Simpanan Asas yang diperlukan) x 20%
3) Anda dibenarkan membuat pengeluaran berkala setiap 3 bulan selepas pengeluaran pertama.

BAGAIMANA CARANYA UNTUK SAYA MENGELUARKAN WANG KWSP UNTUK MEMBUAT PELABURAN DALAM AMANAH SAHAM BANK ISLAM?
Mula-mula semak...
1) Berapa umur anda sekarang?
2) Berapakah jumlah Akaun 1 KWSP anda?
3) Berapakah simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1?(sudah ditetapkan oleh kerajaan- Sila Rujuk Jadual Simpanan Asas Akaun 1 di bawah)
4) Berapakah jumlah yang boleh anda keluarkan untuk membuat pelaburan?
5) Adakah anda layak melabur?

JAWAPAN & PENGIRAAN

(Contoh 1)
Katakan...
1) Umur saya = 35 tahun
2) Jumlah Akaun 1 KWSP saya = RM60,000
3) Merujuk jadual di atas pada unur 35 tahun Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1 = RM29,000
4) Pengiraan:
= (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Yang Diperlukan) x 20%
= (RM60,000 - RM29,000) x 20%
= (RM31,000) x 20%
= RM6,200
5) Ya anda layak kerana jumlah wang dari Akaun 1 yang boleh dilaburkan melebihi syarat nilai minimum(RM1000).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(Contoh 2)
Katakan...
1) Umur saya = 22 tahun
2) Jumlah Akaun 1 KWSP saya = RM8,000
3) Merujuk jadual di atas pada unur 22 tahun Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1 = RM5,000
4) Pengiraan:
= (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Yang Diperlukan) x 20%
= (RM8,000 - RM5,000) x 20%
= (RM3,000) x 20%
= RM600
5) Tidak layak kerana jumlah wang dari Akaun 1 yang boleh dilaburkan kurang daripada syarat nilai minimum(RM1000).

6.                  Pelaburan yang mudah ( mulai RM 100)
Pendedahan kepada pelaburan - dalam Unit Trust adalah tidak mustahil utk melabur dalam satu atau kombinasi beberapa jenis pelaburan.Contohnya dengan RM1,000 pelabur berpeluang melabur dalam equitty,bond dll.Tetapi di pasaran saham terbuka/stock dengan RM1000 adalah mustahil untuk anda melabur dalam kesemua aset pelaburan tersebu
7.                  Pelaburan keatas sumber dalam Negara terjamin resiko kerugian secara total ekoran lari pelabur
Anda berpeluang menikmati pulangan dividen dan keuntungan modal yang diperolehi daripada pelaburan di dalam unit amanah. Sekadar perbandingan, dalam tempoh lima tahun terkini (bagi tahun 2001 – 2005) purata pulangan dividen oleh KWSP sebanyak 4.7% setahun, berbanding pulangan Dana ASDI dalam tempoh yang sama memperolehi pulangan sebanyak 15% setahun!
Nota : Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa prestasi masa lalu tidak semestinya sebagai petunjuk atau gambaran sebenar prestasi masa depan.

Soalan : Mengapa kita perlu melabur dalam unit amanah?
Sebagaimana yang kita maklum, unit amanah adalah satu bentuk pelaburan, sebagaimana instrumen pelaburan yang lain. Ini bermakna, kita mempunyai beberapa pilihan dalam menentukan apakah instrumen pelaburan yang sesuai dengan objektif pelaburan dan profil risiko kita. Oleh yang demikian, kita perlulah membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum kita membuat keputusan tersebut.
Berikut adalah beberapa jenis instrumen pelaburan yang biasa dipraktikkan:
  • Unit amanah
  • Pasaran saham
  • Insurans/Takaful berkaitan pelaburan
  • Pelaburan asing
  • Wang Tunai dan Simpanan Tetap
  • Pelaburan hartanah
  • Produk kewangan derivatif
Kita boleh membuat perbandingan tersebut dari beberapa sudut, iaitu:
  • Potensi pulangan
  • Tempoh atau jangkamasa pelaburan
  • Modal yang diperlukan
  • Kecairan aset yang dilaburkan
  • Risiko pelaburan
Berikut adalah rumusan perbandingan yang telah dilakukan:
Unit Amanah vs Pasaran Saham
Pelaburan unit amanah adalah lebih baik berbanding dengan melabur secara terus di dalam pasaran saham dalam dua perkara, iaitu modal yang diperlukan dan risiko pelaburan. Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk melabur di dalam unit amanah. Anda boleh memulakan pelaburan serendah RM1000, malah ada yang boleh dimulakan dengan RM100 sahaja. Risiko pelaburan juga dapat dikurangkan melalui kepelbagaian pelaburan, tidak seperti pelaburan di dalam satu kaunter saham sahaja.
Unit Amanah vs Insurans/Takaful berkaitan Pelaburan (Investment-Link)
Pelaburan unit amanah mempunyai satu kelebihan ke atas insurans/takaful berkaitan pelaburan, iaitu dari aspek kecairan modal. Pada kebiasaannya, penalti akan dikenakan kepada anda jika sekiranya anda ingin membatalkan polisi perlindungan anda tatkala objektif pelaburan anda berubah (seperti ingin menggunakan duit secara mengejut), dan penalti yang dikenakan itu berbeza kadarnya. Anda harus sedar bahawa anda tidak boleh mendapat kedua-duanya serentak; pulangan yang tinggi dan perlindungan yang tinggi. Dalam insurans/takaful berkaitan pelaburan, ia berkadar songsang; pulangan tinggi, perlindungan rendah, dan begitu juga sebaliknya.  Adalah lebih baik jika anda dapat mengasingkan pelaburan daripada perlindungan dan membuat kedua-dua perkara tersebut secara berasingan. Kedua-duanya adalah sama penting dalam konteks masing-masing.
Unit Amanah vs Pelaburan Asing
Pelaburan asing bermaksud melabur di luar negara. Sudah tentu banyak kelemahan jika anda melabur di luar negara. Anda akan terdedah kepada perubahan polisi negara tersebut, risiko kadar tukaran wang dan juga risiko-risiko yang lain. Ia juga memerlukan modal yang besar.
Unit Amanah vs Wang Tunai / Simpanan Tetap
Pelaburan unit amanah mempunyai kelebihan dari aspek potensi pulangan dan kecairan modal. Walaupun risiko simpanan tetap dan akaun simpanan/tabungan biasa seperti Tabung Haji, wadiah dan sebagainya adalah sangat rendah, potensi pulangannya juga sangat rendah. Oleh yang demikian, ia adalah terdedah kepada kesan inflasi yang boleh menyusutkan nilai simpanan. Siapa kata menyimpan wang di dalam bank tidak mempunyai risiko? Bank juga turut dilindungi oleh insurans, kerana bank juga mempunyai potensi yang sangat besar untuk dirompak!!
Unit Amanah vs Pelaburan Hartanah
Pelaburan hartanah adalah pelaburan yang baik, tetapi anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mencairkan aset dalam tempoh yang singkat. Ia juga memerlukan modal yang besar. Lainlah jika anda mewarisi hartanah yang banyak. Ia suatu isu yang tidak sama.
Unit Amanah vs Produk Kewangan Derivatif
Derivatif ialah produk kewangan yang memperoleh nilainya daripada harga komoditi atau instrumen yang lebih asas. Misalannya, nilai niaga hadapan minyak sawit mentah diperoleh daripada harga minyak sawit mentah. Produk derivatif yang biasa ialah “niaga hadapan” dan “opsyen”. Risiko pelaburannya adalah sangat tinggi berbanding pelaburan unit amanah. Jika anda tidak biasa dengan pelaburan derivatif, adalah lebih baik jika anda tidak melabur di dalamnya.
Soalan 2 : antara ASBI dengan ASB yang mana lebih menguntungkan?
Ramai yang bertanya "owh ini tak sama macam pelaburan dalam ASB ya?". Memang tidak sama jawapannya.Terdapat beberapa perbezaan ketara Saya sudah ringkaskan dalam jadual di atas.Cuba klik pada gambar tersebut untuk lihat imej dengan lebih jelas.
  • Amanah Saham Bank Islam - ASBI adalah sejenis unit amanah saham yang mana anda berpeluang mendapat keuntungan pelaburan dari dua cabang iaitu: a) *Kenaikan modal seunit, b) Pengagihan pendapatan (dividen).
  • Kadar pulangan secara purata setahun ialah 12%.Malah boleh pergi lebih dari itu.  
  • Malah pelabur juga mendapat perlindungan takaful percuma.

Apakah maksud kenaikan modal?
Mudah saja,sebagai contoh:
Katakan anda mempunyai modal RM5,000 dan ingin membeli unit-unit dalam Dana BIMB i-Growth.
Pada ketika pembelian itu dibuat harga seunit ialah RM0.20.
Ini bermakna jumlah unit yang anda beli ialah (RM5000 / RM0.20) = 25,000 unit.

Selepas beberapa tempoh,harga seunit menjadi RM0.30.
Ini bermakna anda telah memperolehi keuntungan hasil dari kenaikan modal seunit tadi, iaitu sebanyak RM0.10.

Oleh itu,jika anda ingin menjual kesemua unit2 yang ada pada ketika itu,jumlah pelaburan anda menjadi (RM0.30 x 25,000 unit) = RM7,500.
Dengan ini anda telah memperolehi keuntungan sebanyak RM2,500 hasil dari pelaburan anda tersebut. :-).

4 comments: