Wednesday, June 30, 2010

anak... anak...

hari ini anak perempuan kesayangan berdarah hidung risau siot.... alhamdullilah tak pe
disini saya postkan kaedah rawatan

Rawatan Kecemasan

Pesakit hendaklah duduk menegak dan tundukkan kepala sedikit ke hadapan. Dengan menggunakan jari telunjuk dan jari ibu, usahakan dengan memicit bahagian lembut hidung selama sepuluh minit. Sementara itu, pesakit dinasihatkan bernafas melalui mulut sahaja. Sekiranya perlu, dia boleh meludah darah yang mungkin keluar melalui mulut.
Apabila pendarahan sudah berhenti, pesakit ditegah daripada menghembuskan hidung kuat-kuat atau mengesat dan me-ngorek darah beku di rongga hidung. Jika memang disyaki hidung berdarah akibat pukulan di kepala, seeloknya segera dapatkan pemeriksaan doktor

ataupun
Apa yang perlu anda lakukan jika tiba-tiba anak anda mengalami pendarahan hidung
* Arahkan anak bertenang, duduk (jangan baring), dan bernafas melalui mulut dengan perlahan-lahan.
* Picit bahagian lembut hidung di bawah tulang hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk. Picit sekurang-kurangnya lima hingga 10 minit atau sehingga pendarahan berhenti. Jika hidung masih berdarah terus picit lagi sehingga 10 minit.
* Anda juga boleh letakkan pek sejuk atau ketulan ais di atas tulang hidung.
* Arah meludah atau mengeluarkan darah dari mulut dengan perlahan (lembut). Lepaskan picitan selepas 10 minit dan tengok sama ada pendarahan sudah berhenti.
Bagaimana mengelakkan pendarahan hidung berulang
* Jangan mencederakan membram mukosa
* Sekiranya ada luka di membran mukosa, elak berpanas bersin dan mengangkat benda berat
* Rawat luka di membram mukosa sehingga pulih.

Ditulis oleh:
Roslah Othman

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

No comments:

Post a Comment