Bahan-Bahan: | |
Ikan Patin atau Baung (1 atau 2 ekor ) Tempoyak, dari durian baru (2 cawan) Bunga Kantan 1 batang. Dihiris Daun Kesom 5 tangkai Kunyit hidup tumbuk atau serbok daun kunyit di simpulkan | labu air/ timun taun 1 biji Chili merah/ lada burung, 7 - 10 biji. ditumbuk Garam gula Air 2 gelas besar. |
Cara: | |
Satu masakan yang paling senang, tetapi tidak difahami sepenuhnya. Pah saya kata gulai tempoyak mesti dari tempoyak baru dan juga cara peram yang betul. Mula mula bersih ikan dengan betul. Buang semua darah dan organ dalaman. kalau tidak kuah jadi hitam. Potong ikan ikut saiz yang dikehendaki rendam dengan air asam jawa 30 mnt . simpan dahulu. Masuk tempoyak 1 atau 2 cawan.Masukkan chili yang ditumbuk. Chili yang ditumbuk hancur dan kelihatan lebih baik. Gaul sekali lagi dengan tempoyak, Masukkan air 1 cawan setengah atau , sekurang kurangnya 2 gelas besar. Hidupkan api. Masukkan Bunga kantan, serai dan daun kesom. Apabila mendidih, masukkan kunyit hidup yang sudah ditumbuk atau serbuknya. kemudian masukkah ikan yang sudah direndam bersama sama labu air atau timun taun yang dipotong memanjang /dadu Selepas itu garam secukup rasa dan gula, sekurang kurangnya 3/4 sudu. Gulai mesti di gaul tetapi berhati hati kerana ikan ini ada lembut, senang pecah. Satu lagi, gulai akan masak lebih kurang 1/2 jam. Apabila sudah masak, biarkan 1/2 jam lagi bagi ikan dan kuah sebati sepenuhnya. Gulai tempoyak sedap apabila tidak terlampau panas. |
blog ini bertujuan memberikan maklumat kepada sesiapa tentang unittrust disamping sumbangan ilmu pengetahuan daripada blogger lain
selamat datang
Search This Blog
Monday, August 17, 2009
ikan patin masak tempoyak
masakan gulai tempoyak pahang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment